Ahad, 22 November 2009, SMKAB sekali lagi telah berjaya merasmikan Bengkel Pembinaan Modul Latihan semua mata pelajaran. Semua guru dikerah hadir pada hari ini. Tuan Pengetua, merasmikan bengkel tersebut pada perjumpaan semua guru di bilik gerakan. Sebelum itu, Puan PK1, memberikan sedikit taklimat tentang kaedah pelaksanaan Bengkel pada hari ini.
Harapan pihak pentadbiran, pembinaan modul latihan ini nanti bakal mempermudahkan kerja-kerja guru di masa akan datang. Terutamanya ia mampu menjadi bahan kepada guru-guru sekiranya guru-guru dipanggil bertugas di luar kawasan sekolah. Untuk paparan aktiviti sepanjang bengkel, sila ke pautan blog akademik
Unit Bestari SMKAB sekali lagi memproses permohonan pelupusan bagi melupuskan peralatan ict yang diterima sejak dari tahun 1999 hingga 2004. Sebanyak 74 peralatan sedang dalam proses permohonan untuk pelupusan pada penghujung tahun 2009 ini. Perkakasan tersebut merupakan perkakasan yang dibekalkan semasa Projek Rintis Bestari tahun 1999 lagi termasuk juga peralatan ICT dari Projek Komputer Mimos Fasa II yang diterima pada tahun 2003.
Minta pihak terbabit khususnya penyelaras ICT atau Juruteknik yang menerima kedatangan kontraktor melaksanakan kerja-kerja menaik taraf LAN sewaktu cuti sekolah, membuat penyeliaan yang rapi semasa kerja-kerja pemasangan dijalankan kerana di khuatiri pihak kontraktor tidak mengikut spesifikasi pemasangan yang ditetapkan oleh kementerian. Proses pemasangan dijangka berlansung dari bulan Nobember 2009 hingga Jun 2010 oleh syarikat yang di Lantik iaitu Vantage Point . Sila pastikan pihak kontraktor menepati draf plan pemasangan yang telah diluluskan. (Rujuk fail Bestari di Pejabat). Sepatutnya, pihak syarikat terbabit tidak mengubah mana-mana cable yang asal dan mengganggu kelancaran capaian internet di sekolah.
Tahun depan, Unit Bestari SMK Agama Baling akan menyediakan kemudahan muat turun keperluan-keperluan fail untuk warga SMKAB bagi memudahkan pengurusan secara online. Di harapkan tahun depan warga SMK Agama Baling juga dapat mengakses internet dari rumah dan mencapai bahan tersebut pada bila-bila masa, dan tidak hanya bergantung pada line schoolnet dan streamyx sekolah semata. Sudah sampai masanya kita menyahut saranan pihak KPM agar semua warga pendidik lebih maju kehadapan mengejar era teknologi maklumat yang bergerak pantas.
Selamat datang kepada yang menjadi pengunjung Blog ini. Blog ini beriltizam menjadi satu tapak perkongsian maklumat kepada semua warga SMK Agama Baling. Sebagai sebuah sekolah Bestari, seharusnya, SMKAB sentiasa peka dengan perkongsian maklumat yang lebih mudah dan pantas untuk disebarkan. Bersamalah kita menjana modal insan negara dengan berbantukan teknologi ICT